Tuesday, August 4, 2009

Bimbang tentera Britain semakin gemuk


GAMBAR fail anggota tentera Britain bertugas di Basra, Iraq pada 22 Oktober 2006.



LONDON - Tentera Britain mengarahkan para komander supaya kembali menitikberatkan aspek kecergasan selepas mendapati ramai anggota tentera negara berkenaan gemuk.

Sebuah akhbar tempatan memetik sumber tentera pada bulan ini menyatakan, anggota tentera Britain perlu memupuk semula etika kesatria dan amalan budaya cergas.

Arahan dikeluarkan berikutan pihak atasan bimbang golongan itu akan menjejaskan kejayaan operasi tentera selain membahayakan nyawa rakan mereka di medan pertempuran.

Kesahihan laporan tersebut tidak dipertikai Kementerian Pertahanan manakala semua komander tentera baru-baru diarah supaya memastikan dasar kecergasan Tentera dilaksanakan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: