KARAKTER Upin dan Ipin serta Adik Nur Fathiah Diaz ketika promosi filem itu di Cinema 21, Jakarta, Indonesia. |
Menang kategori Anugerah Pilihan Penonton di KidsFest 2009
FILEM Geng: Pengembaraan Bermula.. mendapat satu lagi pengiktirafan bertaraf global apabila meraih kejayaan bagi kategori Anugerah Pilihan Penonton di Festival Filem Untuk Kanak-Kanak Antarabangsa, Indonesia (KidsFest 2009) baru-baru ini.
Filem 3D animasi pertama Malaysia ini adalah satu-satunya filem tempatan yang dicalon untuk bersaing dengan filem luar negara seperti The Happiness of Kati (Thailand), The Letter for the King (Holland), Mia & The Migoo (France), Niko & The Way to the Stars (Finland) dan Teo’s Voyage (Mexico).
Filem hasil karya Produksi Les’ Copaque ini mempamerkan gelagat lucu sepasang kembar comel yang berjaya menambat hati penonton buat kali pertama ia ditayangkan di Blitz Megaplex Indonesia pada 18 Julai lalu. Kembar kesayangan ramai ini pun mempunyai pengikutnya sendiri setelah muncul di saluran TPI Indonesia pada tahun 2008.
Pengarah Kreatifnya, Muhammad Anas Abdul Aziz berkata, dengan sambutan yang hebat itu, Produksi Les’ Copaque yakin bahawa filem ini bakal menjadi gempar apabila ianya bakal ditayangkan semula di Blitz Megaplex pada September 2009 ini.
“Ini akan menjadikan filem Geng sebagai filem animasi tempatan pertama yang mendapat keistimewaan Tayangan Perdana di Indonesia. Segala persiapan bagi mempromosikan filem ini sedang diusahakan bagi menghangatkan lagi kemunculannya.
“Siri mini animasi 3D Upin & Ipin mendapat sambutan yang menggalakkan setelah ditayangkan di saluran TPI Indonesia pada tahun 2008. Kini TPI Indonesia masih lagi meneruskan tayangan Upin & Ipin musim kedua yang memaparkan aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadan.
“Siri mini
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: