JOYAH memang sudah lama mendengar Umie Aida bercita-cita untuk beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Iyalah ramai yang menanti untuk berkarya di sana dan Umie Aida merupakan salah seorang aktres yang sudah lama mengidam untuk beraksi di IB.
Joyah memang sudah lama mendengar Umie Aida mahu beraksi di pentas itu namun masih belum menemui watak yang benar-benar memberi cabaran kepadanya.
Namun nampaknya watak Che Aminah benar-benar menarik perhatiannya. Teruja sungguh dia dengan pementasan yang ditulis dan diarahkan oleh kakaknya, Erma Fatima.
Apalagi ia merupakan sebuah naskah penting tentang kisah perjuangan seorang ibu angkat untuk mendapatkan hak ke atas anak gadis Belanda bernama Natrah atau Maria Bertha Hertogh yang terkenal itu.
Joyah dengar Umie sudah mula mencari bahan-bahan dan cuba mendalami watak Che Aminah.
Tentunya Umie tidak akan mensia-siakan peluang menjejakkan kakinya di IB apabila pementasan itu berlangsung November nanti.
Iyalah, sebelum bergelar isteri dan masanya lebih banyak ditumpukan pada rumah tangga, tentu Umie mahu memberikan satu impak kepada kemunculannya itu. Tak gitu Umie?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: