Saturday, August 8, 2009

True Blood musim kedua bermula 22 Ogos



SAKSIKAN babak lebih mendebarkan pada musim kedua True Blood di Astro Max mulai 22 Ogos ini.

DRAMA bersiri True Blood ini pernah menerima anugerah Golden Globe pada tayangan musimnya yang lalu. Atas permintaan ramai, siri True Blood bakal meneruskan musim keduanya bermula 22 Ogos ini jam 10 malam menerusi Astro Max saluran 412.

Dalam musim terbaru ini, misteri yang menyelubungi pembunuh bersiri pada musim pertama lalu akhirnya terungkai dan ini melegakan ramai penduduk bandar Bon Temps. Sookie gembira bahawa teman sejiwanya, pontianak Bill, tidak tercedera walaupun dia menyelamatkannya pada masa siang hari.

Rakan Sookie, Tara memulakan hubungan baru dengan seorang dermawan mewah Maryann. Sam mengambil keputusan untuk memperbetulkan kebolehannya dengan mengubah bentuk, selepas satu pengalaman dalam hutan, adiknya Sookie dan Jason menemui jalan baru melalui satu mazhab anti pontianak.

Tetapi, sebaik saja keadaan kembali normal di Bon Temps, misteri baru mengancam untuk membawa saga Sookie Stackhouse ke kemuncak baru yang berdarah.

Drama bersiri 12 episod ini membawa kombinasi percintaan, suspen, misteri dan lawak jenaka. True Blood mengambil tempat di alam satu tempoh masa yang tidak jauh dari sekarang, bila pontianak dapat hidup dan bergerak bebas dari keranda.

Ini dibolehkan oleh penemuan cara untuk menghasilkan darah sintetik dalam kuantiti yang besar dan darah manusia tidak diperlukan lagi sebagai sumber pemakanan pontianak.

Siri yang lucu dan amat menghiburkan ini mengikuti percintaan antara seorang pelayan wanita yang mempunyai kebolehan membaca pemikiran orang lain, Sookie Stackhouse dan teman sejiwanya, pontianak berumur 173 tahun, Bill Compton. Alan Ball adalah pengeluar eksekutif serta pencipta siri ini, yang berdasarkan pada novel-novel popular mengenai watak Sookie Stackhouse oleh penulis Charlaine Harris.

Barisan pelakon yang kembali ke melakonkan siri True Blood termasuk Ryan Kwanten sebagai (Jason), Rutina Wesley sebagai (Thornton), Sam Trammell sebagai bos Sookie yang baik hati , Sam Merlotte; Carrie Preston sebagai Arlene Fowler, pelayan setempat dengan Sookie dan Alexander SkarsgÄrd sebagai (pontianak Eric).

Musim pertama True Blood mencapai kejayaan tertinggi apabila penonton dan pengkritik memberikan maklum balas yang baik. Pada sesi tayangan Perdana True Blood musim kedua 14 Jun lalu di Amerika Syarikat, satu lagi rekod baru apabila berjaya memperoleh rekod 3.7 juta orang menontonnya.

Ini menjadikan True Blood program yang paling banyak ditonton di rangkaian HBO sejak musim penghabisan siri The Sopranos .

Penonton di Asia boleh saksikan ulangan musim pertama True Blood yang kini ditayangkan setiap hari Sabtu jam 12 tengah malam di Max (Astro saluran 412). Musim kedua True Blood akan mula ditayangkan pada Sabtu, 22 Ogos ini jam 10 malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: