
MELAKA - Pemandu teksi diberi amaran supaya tidak mengenakan kadar tambang baru yang berkuat kuasa Sabtu lepas sehingga mereka selesai membetulkan skala meter baru.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pemandu teksi diberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk membetulkan meter mereka.
"Orang ramai pula diminta membuat aduan kepada kami mengenai pemandu yang mengenakan kadar tambang baru tetapi menggunakan meter lama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 304 Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Kereta Sewa dan Teksi Individu peringkat negeri Melaka di sini semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, R. Perumal dan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohd. Sadique.
Mohamed Nazri berkata, daripada 29,457 pemandu teksi, 973 pemandu membetulkan skala meter baru di Pusat Sistem Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) manakala 2,890 melakukannya di pihak pembekal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: