Tuesday, August 4, 2009

Empat dipenjara lapan tahun, pukul mati peragut


DARI kiri, Mohd. Zawawi, Mohd. Sufian, Bhahira Fikri dan Maizal Mohd. Yusof diiringi polis keluar dari Mahkamah Tinggi ,Kota Bharu semalam


KOTA BHARU - Empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah mereka mengaku salah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang peragut tiga tahun lalu.

Mereka ialah seorang penternak ikan, Mohd. Zawawi Zainal Abidin, 31, petani, Mohd. Sufian Shafin, 25, pencanting batik, Bhahira Fakri, 28, dan buruh, Maizal Mohd. Yusof, 27.

Mengikut pertuduhan, mereka yang berasal dari Tumpat dekat sini didakwa secara bersama membunuh Mohd. Nasir Ab. Rahman, 30, di Kampung Kok Pasir, Palekbang, Tumpat di antara pukul 11.30 malam dan 12 tengah malam pada 19 Oktober 2006 lalu.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, Bhahira dan Maizal yang datang dari arah belakang terus memeluk dan memukul Mohd. Nasir yang ketika itu sedang berbual dengan rakannya.

Selepas itu, Mohd. Zawawi dan Mohd. Sufian yang tiba dengan sebuah van di tempat kejadian terus membawa mangsa ke Kampung Berlian, Tumpat dan berhenti di hadapan sebuah kedai runcit milik nenek kepada Mohd. Zawawi iaitu Mek Yam Seman.

Mek Yam telah diminta membuat pengecaman sama ada mangsa adalah orang yang menyamun dia beberapa bulan lalu tetapi tidak dapat mengingati apa-apa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: