
IPOH - Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes mencuri kereta mewah dalam dua kejadian berasingan di bandar raya ini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Azisman Alias berkata, kesemua lelaki itu ditahan di sekitar Ipoh selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh anggota polis peronda.
Katanya, dalam kejadian pertama kira-kira pukul 1.10 pagi di Jalan Musa Aziz di sini, dua lelaki yang ditangkap dipercayai telah melarikan sebuah kereta BMW milik seorang mangsa di Kepong, Kuala Lumpur malam semalam.
"Mangsa dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam tadi (kelmarin) sedang makan di sebuah restoran di Bukit Maluri, Kepong, tiba-tiba didatangi dua lelaki yang bertindak mencederakan mangsa dan merompak wang tunai RM1,000 sebelum melarikan keretanya ke sini.
"Berikutan aduan mangsa, polis yang menjalankan gerakan mencari berjaya mengesan dan menangkap suspek di lampu isyarat Jalan Musa Aziz di sini," katanya kepada pemberita di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: