Sunday, August 2, 2009

Tak sedia punya zuriat




NAMA yang bukan asing dalam industri, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 34, sudah begitu sinonim sebagai penyanyi pop dan R&B yang mempunyai kelas tersendiri. Dikenali sebagai penyanyi yang energetik dan berfikiran terbuka, Ning bahagia melayari kehidupan berumah tangga bersama suaminya, Omar Shariff tanpa sebarang kontroversi sejak satu setengah tahun lalu.

Mengaku mengambil masa empat bulan memperkemaskan kerjayanya selepas kehilangan pengurus, masa enam bulan pula diambil untuk menstabilkan keadaan.

"Alhamdulillah, kini saya boleh menguruskan kerjaya sendiri.

"Kalau Kak Anita Sarawak boleh jadi ibu rumah tangga sekali gus menguruskan kerjaya dengan baik tanpa bantuan pengurus, saya juga begitu" katanya yang sedang mengumpul material baru untuk album yang kata Ning akan menampilkan sejarah dan revolusi muziknya dengan bantuan Aidit Alfian dan Audi Mok selaku penerbit.

Lebih membahagiakan Ning, apabila rezeki datang mencurah. Baru saja diumumkan sebagai duta produk kecantikan Olay, wanita kelahiran Kajang ini turut menjadi duta produk Osim.

"Semuanya sudah diatur Tuhan," ujar Ning yang pulang ke kampung halaman suaminya di United Kingdom untuk bertemu keluarga dan anak-anaknya sejak semalam hingga 17 Ogos ini sebelum pulang menyambut Ramadan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: