Thursday, August 27, 2009

SNSD tolak Facebook




KERANA mahu mengekalkan nilai eksklusif, kumpulan popular SNSD tidak dibenarkan mempunyai akaun Facebook mahupun Twitter oleh syarikat rakaman naungan mereka, SM Entertainment.

Menurut pihak SM, terdapat banyak akaun Twitter, Facebook mahupun laman-laman lain yang menggunakan nama SNSD dan mengumpulkan ramai ahli. Sedangkan anggota kumpulan SNSD tidak dibenarkan langsung menggunakan Internet.

"Saya hairan bila terlalu banyak akaun yang menggunakan mereka. Ini boleh mengelirukan peminat-peminat SNSD. Kumpulan itu tidak akan menggunakan sebarang laman interaksi seperti itu demi menjaga nilai eksklusif mereka.

"Saya harap, peminat tidak akan tertipu dengan akaun-akaun palsu itu," kata pihak SM kepada Japan Today.

Sementara itu, sebuah akhbar Jepun melaporkan bahawa ahli-ahli kumpulan SNSD terlalu dikongkong oleh syarikat rakaman mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: