|
|
KASIHAN Marilyn lihat juara program realiti, Pilih Kasih, Iqbal yang baru mahu bertatih dalam industri seni. Selepas tamatnya program itu, macam-macam cerita keluar tentangnya. Ada yang kata, mentornya, Rosyam Nor, pilih kasih dan sengaja mahu Iqbal menang dalam pertandingan itu.
Ada juga berkata, Iqbal tidak layak memenangi gelaran juara program berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, Rosyam turut terkena 'peluru' cakap-cakap nakal sesetengah orang yang mengatakan dia mengamuk pada final Pilih Kasih. Malah, ada akhbar melaporkan, Rosyam bukan sahaja mengamuk bahkan, menendang kerusi dan meja kerana acara tersebut tidak berjalan dengan lancar.
Peliknya, dalam satu laporan lain, pengacara program tersebut, Raja Azura memberi kenyataan berbeza apabila mengatakan Rosyam tidak pula mengamuk seperti yang dihebohkan.
Seorang teman Marilyn yang semakin cantik macam Marilyn pun telefon la Rosyam nak tak tanyakan kesahihan cerita itu. Rosyam enggan mengulas lanjut sebab katanya program itu pun dah selesai tidak perlu lagi diciptakan kontroversi.
Marilyn pun setuju dengan Rosyam sudah-sudah lah kot. Masa program tu tengah main, tak banyak la pulak orang nak bercakap. Bila dah habis, banyak pulak kisahnya, Rosyam mengamuklah, juara tak layak lah, pengacara teruklah dan macam-macam lagi.
Yang penting, biarlah Iqbal memulakan kariernya dengan hati yang tenang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: