
DALAM kumpulan warna, hitam dianggap warna yang penuh dengan misteri dan kegelapan. Kebiasaannya warna ini digemari oleh golongan jejaka yang malu menggayakan baju warna terang atau lembut dan wanita yang sentiasa ingin kelihatan kurus.
Mereka menyifatkan secara tersiratnya warna hitam dapat membantu mengecilkan fizikal yang besar. Selain itu, warna-warna lain akan kelihatan lebih terang apabila ia digandingkan bersama warna hitam.
Dari segi budaya penggunaan rona hitam, di negara-negara Barat adalah simbolik berkabung, kemurungan dan balas dendam.
Bukan itu saja, golongan lelaki yang memakai warna putih dianggap budak baik, manakala mereka dilabel lelaki jahat apabila memakai baju warna hitam.
Namun begitu, pada hakikatnya wujud elemen pro dan kontra dalam penggunaan warna hitam. Biasanya mereka yang ingin tampak elegan dan segak kerap memilih busana mahupun aksesori yang berasaskan warna tersebut.
Biarpun kini muncul pelbagai warna yang menceriakan penampilan seseorang, tetapi nuansa hitam tetap menjadi pilihan wajib individu.
Atas faktor tersebut label pakaian dan aksesori pelengkap gaya antarabangsa dan tempatan masih mengeluarkan produk rona hitam gelap.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: