
SELUAR denim yang bersifat kasual dan ranggi sering menjadi pilihan wanita terutamanya kala bergaya santai.
Selepas tampil dengan seluar jean koleksi Curves yang menampilkan potongan seksi dan melengkung, kini jenama seluar jean popular, Levi's memperkenalkan koleksi terbarunya, Lady Style.
Levi's merasakan masanya sudah tiba untuk wanita, khususnya golongan muda, bergaya dengan seluar jean rekaan terbaru.
Lady Style ialah rangkaian terkini dari Levi's yang direka khas bagi menyerlahkan gaya seksi dan sofiskated golongan wanita. Rekaannya yang berpotongan tirus didatangkan dalam rona gelap dan terang seperti hitam, biru gelap dan ungu.
Ia sesuai digandingkan bersama blaus, baju-T dan jaket, mahupun kemeja. Bagi wanita yang ingin kelihatan lebih ranggi, tambahkan penampilan dengan aksesori pilihan sama ada tali pinggang, kasut but atau baju ves.
Koleksi Lady Style bertemakan 'Ukir Gaya Siluet Anda', menunjukkan rekaan terbaru ini membantu penampilan fizikal wanita agar kelihatan lebih cantik dan sempurna.
"Seluar denim Lady Style menyerlahkan gaya sofistikated dan meningkatkan keyakinan si wanita. Bagi mereka yang ingin kelihatan cantik dalam apa jua majlis, Lady Style memenuhi kriteria tersebut.
"Ini kerana, apabila seluar jean ini dipakai bersama baju dan aksesori yang sesuai, ia akan mencipta kelainan yang menarik," jelas Ketua Jenama Levi's, Anitha Narayanan.
Koleksi seluar jean Lady Style akan berada di pasaran tempatan dan Asia pada bulan September ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: