![]() |
| SOLEKAN dan tatarias perlu bagi seorang model. |
IRONINYA, pertunjukan fesyen bukan sahaja mengutamakan barisan model dan koleksi busana yang ingin dipertontonkan. Pada masa yang sama, pihak penganjur turut menitikberatkan soal tata rias dan dandanan sekumpulan model.
Faktor ini penting kerana sepasang mata hadirin pasti akan tertumpu kepada busana dan sekali gus memerhatikan penampilan si model yang dirias dengan solekan mengikut konsep pakaian.
Namun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum pertunjukan fesyen berlangsung, di belakang pentas sedikit 'huru-hara'. Sibuk dengan kebanjiran model, pendandan rambut dan jurusolek.
Bagi memastikan sesi solekan dilakukan dalam tempoh yang cepat tetapi hasilnya menawan, seorang model akan dirias lebih daripada seorang jurusolek.

Situasi tersebut dapat dilihat ketika pertunjukan Minggu Fesyen New York 2009.
Seorang model masih mampu bercakap di telefon walaupun sedang dirias oleh tiga orang jurusolek. Dua orang pendandan bertanggungjawab mendandan rambut, sementara seorang lagi begitu teliti dan pantas menyolek si model.
Meskipun terpaksa bekerjasama dengan seramai dua atau tiga orang jurusolek, tetapi masing-masing tidak kekok ketika menjalankan tugas.
Hasilnya tetap sama, kumpulan model tampak menawan, seksi dan sofistikated.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: