KUALA LUMPUR - Kepada sesetengah generasi muda, sambutan ulang tahun kemerdekaan mungkin tidak lebih sekadar hari untuk orang ramai bercuti dan bersuka ria.
Namun bagi mereka yang pernah berjuang untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan, kemerdekaan membawa erti yang amat bermakna dan mendalam.
Antaranya termasuk bekas Special Constabulary, Home Guard, Auxiliary Police dan Extra Police Constable yang pernah bermati-matian menentang kekejaman gerila komunis satu ketika dulu.
Salah seorang bekas anggota Special Constabulary di Air Baloi, Pontian, Johor, Mustafa Osman, 76, berkata, setiap kali menjelang hari kemerdekaan, dia sebak mengenangkan kesengsaraan yang pernah dilalui semasa menentang komunis.
"Saya tidak boleh lupa tragedi tiga rakan karib gugur akibat serangan hendap komunis semasa kami berbasikal menuju ke pos kawalan. Sedih dan sebak terkenang nasib mereka yang terbunuh malah saya sendiri hilang kaki kanan kerana ditembak," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: