Thursday, August 27, 2009

Penyamun Mat Connect ditahan


MAZLAN (kanan) menunjukkan peralatan mencuri kereta yang dirampas daripada Mat Connect di Kok Lanas, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Baru sehari selepas dapat menyamun sebuah kereta Proton Waja, Mat Connect ditahan polis ketika tidur lena bertemankan kekasihnya di sebuah rumah di Kampung Kok Lanas di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, Mat Connect, 36, dari Kampung Bemban Kelar, Pasir Mas ditahan pada pukul 10.30 pagi dan bersamanya polis menemui semula kereta Proton Waja curi menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Proton Waja itu dilaporkan hilang di antara pukul 10 malam hingga 6 pagi ketika ia diletakkan di sebuah hotel di sini pada 24 Ogos lalu.




Menurut beliau, bersama-sama suspek itu, polis turut menemui beberapa nombor pendaftaran kenderaan palsu, kunci pendua dan alatan mencuri kereta di rumah itu.

"Kita percaya dengan tertangkapnya lelaki yang popular dengan panggilan Mat Connect, lebih 10 kes kecurian kereta di Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kata Mazlan, suspek dipercayai melakukan kegiatan jenayahnya bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: