|
|
KUALA KANGSAR - Seorang ibu tunggal merayu anak bongsunya, Fatin Erlina Ramli, 16, yang hilang sejak sembilan hari lalu supaya kembali semula ke pangkuan keluarga.
Menurut Normadiah Hamzah, 54, Fatin kali terakhir ditemui pada pagi 16 Ogos lalu selepas meminta izin untuk ke sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, di sini.
Dia semasa keluar dari rumah memakai kemeja T sekolah, bertudung putih, berseluar dan berkasut sukan.
Fatin bagaimanapun dipercayai hilang selepas pulang dari sekolah pada pukul 5.30 petang ketika mahu mengambil basikalnya yang diletakkan berhampiran sebuah rumah selepas turun dari bas kira-kira 200 meter daripada jalan besar berhampiran kampungnya.
"Ketika dia turun dari bas, majikan saya ada ternampak dia mengambil basikalnya, begitu juga ada seorang mak cik turut mendakwa ternampak Fatin bersama basikalnya.
"Tetapi ketika mak cik menunggu dia di hentian bas selepas mendapati dia lewat pulang, basikal dia langsung tidak terusik," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: