Tuesday, August 4, 2009

Saman kolej selepas gagal dapat kerja


BANGUNAN kampus utama Monroe College di New York.



NEW YORK - Seorang wanita di sini menyaman kolej tempat dia belajar setelah gagal memperoleh pekerjaan yang sesuai.

Trina Thompson mengemukakan saman terhadap Monroe College di Mahkamah Agung Bronx, lapor akhbar The New York Post.

Wanita berumur 27 tahun itu meminta wang pengajian AS$70,000 (RM245,7000) dikembalikan kepadanya.

Thompson mendakwa, dia gagal untuk mendapatkan pekerjaan sejak dianugerahi ijazah tekonologi maklumat pada April lalu.

Tambahnya, pejabat perkembangan kerjaya kolej berkenaan juga tidak memberinya pertolongan atau nasihat yang dijanjikan.

Jurucakap Monroe College, Gary Axelbank berkata, saman Thompson itu tidak mempunyai merit tetapi pihak kolej bersedia untuk membantunya mendapatkan pekerjaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: