Tuesday, August 4, 2009

Bekas kekasih Ronaldo diusir


SEORANG pengawal keselamatan menghalang Nereida Gallardo (kiri) daripada mendekati Cristiano Ronaldo (dua kanan) di Majorca, Sepanyol baru-baru ini.


MAJORCA - Bekas teman wanita Cristiano Ronaldo malu besar setelah dia diusir oleh beberapa pegawai peribadi pemain bola sepak itu ketika cuba mendekatinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian di Sepanyol itu berlaku baru-baru ini semasa penyerang kelab bola sepak Real Madrid berumur 24 tahun tersebut keluar berseronok di sebuah kelab malam di sini bersama seorang rakan lelaki.

Sebaik sahaja melihat Ronaldo, Nereida Gallardo bergegas menuju ke arah pemain tersebut sambil melambai-lambaikan tangannya.

Namun, maruah model berusia 26 tahun itu tercalar apabila Ronaldo langsung tidak menghiraukannya malah, dia dihalang dan diusir pegawai-pegawai peribadi bekas teman lelakinya.

"Tetapi dia bekas teman lelaki saya," kata Gallardo sambil memprotes.

Ketika masih teman wanita Ronaldo, Gallardo berbangga tentang hubungan mereka dan kerap dilihat bersama pemain tersebut di stadium Old Trafford milik kelab bola sepak Manchester United.

Namun, Ronaldo berang dengan bekas teman wanitanya itu selepas Gallardo mengeluarkan kenyataan bahawa dia seorang 'anak manja' kepada media setelah mereka berpisah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: