Tuesday, August 4, 2009

Kimono pendek cetus kemarahan rakyat Jepun



EMIRI MIYASAKA memakai kimono yang diubah suai sehingga mendedahkan seluar dalamnya pada satu majlis di Tokyo pada 22 Julai lalu.


TOKYO - Calon pertandingan ratu cantik Miss Universe dari Jepun, Emiri Miyasaka, 25, mencetuskan kemarahan rakyat negara itu setelah dia memakai kimono yang diubah suai sehingga menampakkan seluar dalamnya.

Laman blog Miyasaka yang akan menyertai pertandingan ratu canrik pada bulan ini di Bahamas, dipenuhi kritikan dan kecaman pengguna Internet Jepun.

Beberapa pengkritik berkata, pakaian tradisi yang dipakai Miyasaka pada satu majlis peragaan di Tokyo bulan lalu itu merupakan sesuatu yang bodoh dan jelik.

"Kami terkejut dengan komen-komen keras daripada orang ramai," kata pekerja IBG Japan yang menguruskan pertandingan Miss Universe di Jepun.

IBG berkata, pakaian tradisi Jepun itu pada asalnya panjang tetapi pereka dan pengarah Miss Universe Organization Ines Ligron membuat keputusan untuk memendekkannya.

Syarikat itu kini menyatakan Miyasaka akan memakai pakaian yang kurang mencolok mata dalam pertandingan akhir Miss Universe pada 23 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: