Sunday, August 9, 2009

Reo Ridza permata Rusdi, Sharon


Permata hati Rusdi dan Sharon


PENANTIAN sembilan bulan berakhir kira-kira pukul 5.05 pagi, 4 Ogos lalu apabila Reo Ridza Ramli selamat dilahirkan. Bayi seberat 3.05 kilogram itu adalah pelengkap rumah tangga pelakon, Rusdi Ramli dan isterinya, komposer Sharon Anne Paul Abdullah.

Rasa gembira, terharu, gementar dan sukar diungkapkan buat Rusdi yang berusia 38 tahun ini apabila memegang anak kecil sendiri walaupun pernah melakukan perkara yang sama 19 tahun lalu.

"Nama Reo dipilih selepas Sharon bermimpi semasa mengandung dahulu. Ia bermakna sungai dalam bahasa Brazil. Selepas berfikir panjang, saya bersetuju untuk menggunakan nama berkenaan kerana sungai adalah perkara yang wujud dan penting di syurga.

"Ridza pula adalah nama terakhir anak pertama saya, Efiezal Ridza atau Efie yang sengaja disamakan sebagai tanda mereka adalah anak Rusdi Ramli," kata Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 menerusi filem Waris Jari Hantu ini.

ketabahanApa yang lebih menyentuhkan perasaan Rusdi apabila melihat ketabahan isterinya sejurus selepas pendarahan penanda kelahiran kira-kira pukul 6 petang sehingga saat-saat kelahiran Reo.

Ini kerana wanita yang berusia 32 tahun itu sedang menghabiskan baki kerjanya di Studio Filmworks milik mereka yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail dan berupaya memandu sendirian pulang ke rumah di Bangsar.

Cerita bekas pengacara program Anak Wayang ini, Sharon sempat mandi, mencuci rambut, mengemas barang peribadi dan keperluan bayi sebelum bersama menuju ke Hospital Assunta di Petaling Jaya.

"Bayangkan, saya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Waris di Sungai Buloh panik sejurus selepas mendapat panggilan daripada Sharon. Nak bawa kereta pun susah hati. Bila sampai rumah, dia kelihatan tenang dan macam tidak berlaku apa-apa.

"Sharon hanya mengambil ubat penahan sakit selepas ditempatkan di hospital itu. Perasaan resah saya bertambah-tambah dan tidak boleh duduk diam. Apa yang saya lihat, Sharon hanya menuruti segala arahan doktor sepanjang sembilan jam di hospital itu." kata Rusdi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: