
JASIN – Misteri kubur kecil yang bernisan kayu dibalut dengan kain putih di Tanah Perkuburan Islam Bukit Palembang di Nyalas di sini terungkai apabila ia didapati kosong selepas kerja-kerja menggali semula dilakukan semalam.
Kubur kecil sepanjang satu meter dan terletak dalam kawasan semak kira-kira 20 meter dari kubur terhampir itu dipercayai telah berada di situ sejak seminggu lalu.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penemuan kubur misteri itu kira-kira pukul 11.15 pagi kelmarin.
“Kerja-kerja menggali kubur ini dijalankan sejak pukul 10.20 pagi melibatkan Unit Patologi dari Hospital Melaka dan penduduk kampung.
“Majistret Muhamad Faizal Ismail dari Mahkamah Ayer Keroh turut menyaksikan kerja-kerja menggali ini,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan berkenaan semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: