Thursday, August 6, 2009

Program realiti TV mampu lahir pelakon baru berkaliber: Jins

Seniman Negara Senator Tan Sri Jins Shamsuddin yakin rancangan realiti televisyen mampu membantu melahirkan pelakon pelapis yang berkaliber.

Beliau berkata usaha beberapa pihak menerbitkan rancangan realiti itu dapat memberi peluang kepada golongan muda yang berminat dalam bidang lakonan mengasah bakat mereka di samping meningkatkan industri seni negara.

“Saya rasa program realiti ini bagus untuk melahirkan bakat baru dalam bidang lakonan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini baru-baru ini.

Program realiti televisyen Anak Wayang terbitan Astro dan Pilih Kasih di RTM 2 merupakan rancangan realiti televisyen yang dilihat berjaya mencungkil bakat muda dalam bidang lakonan dan seni persembahan.

Sementara itu, beliau yang juga anggota Dewan Negara akan mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan akademi seni lakon khusus untuk melatih bakat baru yang akan menjadi pelapis kepada industri seni tanah air.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: