Thursday, August 6, 2009

Dengarnya... Mual sikap artis dengan cinta 'coverline'


ENTAHLAH Cik Normah malas nak membebel mengenai gelagat sesetengah selebriti perempuan di negara kita yang secara kebetulan atau tidak, suka memilih lelaki orang atau yang lebih afdal dikatakan suami yang sedang berantakan dengan perkahwinan terdahulunya.

Apabila ditanya kelompok artis ini, mereka akan memberitahu yang bakal suami mereka bergelar duda. Yang paling ngeri Cik Normah pernah dengar ada artis wanita yang memberi syarat kalau mahu berkahwin dengannya, harus melepaskan isteri tua. Cik Normah pun hairan kenapa dalam ramai lelaki suami orang juga yang dipilih.

Mungkin jodoh, mungkin juga memang niat mereka sebenarnya nak senang dengan cara mudah. Cik Normah minta simpang nak cakap perkara begini. Mujurlah Cik Normah berkahwin dengan orang biasa saja dan tidak dikenali. Bagi Cik Normah, kekayaan bukan tiket untuk bahagia. Wang ringgit boleh dicari, kebahagiaan belum tentu boleh dimiliki begitu saja tanpa pengorbanan dan tolak ansur.

Kebelakangan ini, Cik Normah dengar banyak cerita mengenai artis yang kahwin dengan ahli korporat dan golongan VIP secara senyap. Puas dinafi sedangkan sudah terang lagi bersuluh artis itu berkahwin dengan seorang lelaki berpengaruh. Perlu ke buat begitu?

Baru-baru ini, teman Cik Normah, Donna Marcella beritahu ada seorang selebriti menjalinkan hubungan dengan suami orang secara ‘cover line’. Tapi apabila kecoh cerita itu, kesudahannya, selebriti itu meminta lelaki terbabit menuntut cerai supaya mereka boleh terus mengikat tali pertunangan. Iyalah bimbang nanti dicop sebagai perampas sedangkan sejak awal lagi memang sudah jatuh hukum sebagai merampas hak milik orang.

Dunia.... oh dunia! Tuhan Maha Kaya dan jangan ingat apa yang dilakukan selama ini tidak akan terbongkar. Kalau selamat di dunia, tak semestinya akhirat nanti akan terlepas. Sama-samalah kita merenung diri. Lagi pun puasa pun sudah nak menjelma. Berbuat jahat jangan sekali, berbuat baik berpada-pada.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: