Monday, August 3, 2009

Presiden Perancis bermanja tepi pantai


NICOLAS SARKOZY memimpin tangan Carla
Bruni dalam satu percutian di tepi pantai Marseille baru-baru ini.


PARIS - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menemui cara romantik untuk sembuh selepas beliau pengsan ketika berjoging pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Akur dengan nasihat doktor, Sarkozy memilih untuk berehat selama tiga minggu di sebuah lokasi percutian tepi laut berhampiran bandar Marseille, selatan Perancis.

Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh presiden berusia 54 tahun itu untuk bermanja dengan Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni.

Pasangan suami isteri itu bagaikan belangkas dan mereka dilihat melakukan pelbagai aktiviti bersama termasuk berenang dan bersiar-siar sepanjang percutian tersebut.

Sarkozy dimasukkan ke Hospital Tentera Val de Grace di sini pada bulan lalu setelah pengsan akibat keletihan.

"Sejak kebelakangan ini, beliau kelihatan lesu seperti seorang pelumba berbasikal Tour de France," kata seorang ahli politik dan rakan Sarkozy, Patrick Balkany.

"Namun, kini beliau berjanji akan menjaga kesihatan dan pemakanan selain mengurangkan bebanan kerja," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: