Monday, August 3, 2009

Bergaduh dengan penonton


INSIDEN Tim McGraw bergaduh dengan penonton yang datang menyaksikan konsertnya.


JIKA Kenny Chesney dituduh penyebab keretakan hubungan cinta Jessica Simpson dan Tony Romo, seorang lagi penyanyi irama country tersohor, Tim McGraw pula bergaduh dengan penonton yang datang menyaksikan konsertnya di Paso Robles, California baru-baru ini.

Menurut laporan, McGraw yang sedang membuat persembahan tiba-tiba berhenti menyanyi selepas melihat seorang penonton lelaki bergaduh dengan teman wanitanya.

McGraw kemudian menarik lelaki itu naik ke atas pentas sebelum menyerahkannya kepada para pengawal yang diarahkan supaya menghalau lelaki itu daripada lokasi konsert tersebut di Mid-State Fairs.

McGraw mempertahankan tindakannya itu dengan menegaskan lelaki itu telah bertindak ganas terhadap teman wanitanya.

Selepas lelaki itu dihalau dari situ, para penonton telah memberi tepukan gemuruh buat McGraw sebelum dia kemudian meneruskan persembahannya.

Ini bukan kali pertama McGraw membuat tindakan sebegitu kerana pada tahun lepas, dia pernah menghalau seorang penonton di konsertnya di Washington.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: