
![]() |
| KERATAN Kosmo! 12 Julai '09 |
KUALA LUMPUR - Polis menggempur sebuah syarikat yang giat menjalankan kegiatan penipuan menawarkan pekerjaan memasukkan data dengan menahan tujuh suspek di Wisma Central, Jalan Ampang di sini kelmarin.
Semua yang ditahan berusia antara 18 dan 30 tahun termasuk empat wanita yang tidak sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan pada 20 Julai itu.
Salah seorang daripada suspek yang berjaya melarikan diri dan merupakan dalang kegiatan itu akhirnya datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pukul 2 petang kelmarin selepas tidak tahan diburu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, lelaki berusia 30 tahun itu berbuat demikian selepas polis melakukan operasi berterusan dengan mencarinya di serata tempat termasuk di kediamannya di Taman Connought, Cheras.
Katanya, dengan lumpuhnya sindiket tersebut, pihaknya kini tidak lagi menerima sebarang laporan mangsa ditipu oleh syarikat memasukkan data.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: