Wednesday, August 5, 2009

Bekas peguam didakwa - Dituduh menipu membabitkan kerugian RM500,000


ABDULLAH menutup muka sambil diiringi
polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang semalam.


KLANG - Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan kerugian RM500,000 dengan memperkenalkan diri sebagai peguam sebuah syarikat enam tahun lalu.

Abdullah Pilus, 59, yang merupakan seorang bekas peguam dan telah berhenti berkhidmat pada tahun 2005 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Liew Horng Bin.

Abdullah yang diwakili peguam, Hanif Hassan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Elya Ezrin Mohd. Roslan.

Tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan serta denda jika disabit kesalahan di bawah seksyen itu.

Mengikut kertas pertuduhan, Abdullah bersama-sama dengan seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas didakwa telah memperdayakan Pengarah Syarikat Sierra Mulia Sdn. Bhd., Mat Isa Embi, 48, untuk menyerahkan satu cek Bumiputra-Commerce bernilai RM500,000 di Syarikat Belia Equities Sdn. Bhd., Jalan Pasar di sini pada 7 Julai 2003.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: