
GEORGE TOWN - Penduduk Kampung Buah Pala dekat Bukit Gelugor, di sini boleh menarik nafas lega seketika apabila operasi merobohkan rumah mereka semalam ditangguhkan lagi.
Penasihat Undang-undang penduduk kampung, Yusmadi Yusof berkata, kerja merobohkan rumah itu ditangguhkan semalam bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan menyemak semula permohonan penduduk terbabit.
"Melalui surat yang dihantar pada 31 Julai lalu, keputusan semakan itu hanya akan diketahui pada 18 Ogos ini. Jadi tiada kerja merobohkan yang akan dibuat sehingga tarikh itu dan sebelum keputusan dikeluarkan oleh mahkamah," katanya di sini semalam.
Pengumuman yang sama juga dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy ketika menemui penduduk kampung itu semalam.
Beliau yang hadir kira-kira pukul 9 pagi berkata, kerajaan negeri telah berbincang dengan pemaju projek, Nusmetro Venture (P) Sdn. Bhd. untuk meminda draf pembangunan kampung berkenaan.
"Pemaju akan menyiapkan draf itu sebelum kata putus diambil terhadap masa depan kampung ini,'' katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: