![]() |
| GAMBAR fail menunjukkan Berlusconi tiba dengan Barbara dalam satu parti di Milan, Itali. |
ROM - Anak perempuan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi iaitu Barbara, 25, melahirkan perasaan terkejut dengan perhatian berlebihan yang diberikan bapanya kepada seorang model remaja,Noemi Letizia, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam keluaran terbaru majalah Vanity Fair edisi Itali, dia memberitahu bahawa ahli politik sepatutnya memelihara nilai baik yang diuar-uarkan di tempat awam ke dalam kehidupan peribadi mereka sendiri.
Dia merujuk kepada tindakan Berlusconi, 72, yang memberi hadiah kepada Letizia berupa rantai leher berharga 6,000 euro (RM30,232.00) pada majlis hari jadi ke-18 model itu baru-baru ini.
Berlusconi menafikan dia ada hubungan istimewa dengan remaja itu tetapi insiden tersebut menyebabkan isteri keduanya, Veronica Lario, 53, menuntut cerai pada 3 Mei lalu.
"Saya terkejut. Ia sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam kehidupan saya," katanya.
Barbara ialah pengarah Fininvest iaitu empayar media pemilik Berlusconi.
Sejak skandal Noemi tersebar, Berlusconi terpaksa menangkis pelbagai tohmahan bahawa dia bergembira dengan ramai wanita muda.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: