Thursday, August 6, 2009

Sarang lebah plastik diperkenal


SEORANG lelaki memegang bingkai sarang lebah moden di tengah London kelmarin.


LONDON - Sejenis sarang lebah yang diperbuat daripada plastik diperkenalkan di Britain semalam untuk menggalakkan orang ramai menternak serangga itu di taman atau di atap kediaman mereka bagi menambahkan bilangannya yang semakin berkurangan.

Lebah-lebah dilihat suka dengan rumah berciri moden setelah ia didapati masuk dan keluar dari kotak yang diletakkan di sebuah pejabat pemeliharaan serangga iaitu Agensi Natural England di sini.

Ketua saintis agensi tersebut, Tom Tew berkata, jika ramai penduduk bandar yang menternak lebah maka ia akan meningkatkan jumlah serangga tersebut serta menghalang ia daripada serangan penyakit atau ancaman pemangsa.

"Jika kita mahu tanaman berbunga maka kita perlu populasi serangga," katanya.

Syarikat Omlet yang mengeluar sarang tersebut mendakwa sarang dengan kelebaran satu meter dan 0.5 meter tinggi itu merupakan dua kali ganda lebih besar berbanding sarang lebah biasa.

Jumlah lebah madu di Britain jatuh sehingga 15 peratus sejak dua tahun lalu, kata satu data kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: