| "Kalau boleh syampu setiap hari, tapi Hafiz pakai produk syampu yang berbeza-beza. Tak tahu kenapa tapi memang menjadi untuk kekalkan rambut Hafiz macam sekarang," ujarnya sambil ketawa. Hafiz AF sekarang tengah hangat macam goreng pisang panas. Apa sahaja yang dilakukannya mendapat perhatian peminat sampaikan petua menjaga rambut pun mereka nak tahu. Memang sesuai sangat sebagai seorang selebriti remaja. Bermacam gelagat peminat yang dilalui Hafiz selepas menjadi juara program realiti Akademi Fantasia Musim 7.
"Pernah juga Hafiz kena kejar dengan peminat tapi Hafiz layan dengan baik sebab itu kerja sebagai seorang selebriti. Alhamdulliah setakat ini semua beri respon yang baik kepada karier Hafiz," katanya yang merancang untuk menjadi komposer untuk albumnya yang akan datang.
Juara AF ini bagaimanapun mempunyai impian untuk membawa kedua orang tuanya mengerjakan umrah berbekalkan wang kemenangan sebagai penghargaan kerana banyak membantunya sepanjang perjalanan dalam industri ini.
"Makanan wajib yang mesti ada pada hari raya adalah bubur pedas, bubur ni memang famous kat Sarawak dan hijau akan jadi tema sambutan raya keluarga Hafiz pada tahun ini," ujarnya yang mengamalkan minum banyak mineral sewaktu bersahur untuk mengekalkan tenaga.
Hafiz akan meraikan sambutan Aidilfitri di Kuching bersama keluarga tercinta.
"Ini pengalaman pertama Hafiz berpuasa dan beraya sebagai selebriti. Kalau boleh Hafiz nak kenal peminat dengan lebih rapat lagi. Untuk semua, Hafiz akan mengadakan rumah terbuka di Kuching Sarawak dan Insyaallah open house di Semenanjung juga akan diadakan," katanya yang akan muncul pada rancangan Raya Wanita Hari Ini dan Nona terbitan TV3.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: