| Biarpun pelbagai tohmahan dan tempias nakal mengenai dirinya tersebar, namun Farawahida tidak mudah melatah dan menganggap segala yang berlaku terkandung hikmah disebaliknya. "Fara boleh maafkan dia dan hargai apa yang telah dilakukan untuk Fara selama ini tapi untuk bekerjasama semula mungkin tidak," ujarnya mengenai hubungan dengan Julfekar.
Kenyataan demi kenyataan yang keluar daripada mulut sebelah pihak membuatkan beliau mengambil keputusan enggan berdiam diri lagi. Maruah diri dan keluarga dicalar dan periuk nasi ditabur pasir oleh insan yang banyak membantunya sebelum ini menjadikannya nekad dengan keputusan yang diambil. Namun, Fara menegaskan tidak dapat memberikan sebarang penjelasan kerana masih dalam siasatan pihak berkuasa.
"Bayangkan setiap masa keluarga Fara diganggu dan diugut, kehidupan Fara sangat terganggu. Sebenarnya keadaan ini berlaku dah lama, dan untuk pengetahuan sudah lima laporan polis Fara buat sebab tak tahan dengan tekanan mental yang menimpa. Sebab utama dia ugut kerana Fara tak nak sambung kontrak dengan dia.
 "Memang semua gambar yang dikatakan tak ada, Fara seorang Melayu dan Islam, tak kan nak buat perkara yang tak elok. Fara banyak habiskan masa di kampung masa keadaan tengah hangat dan syukur mereka memahami keadaan yang berlaku dan banyak memberi semangat," katanya menafikan hubungan mesra dengan bekas pengurusnya itu.
Fara kini sudahpun menubuhkan syarikatnya sendiri dan lebih gemar menguruskan perjalanan kariernya tanpa bantuan pengurus. Bukannya untuk menidakkan keperluan pengurus namun pengalaman yang lalu menjadikannya lebih berhati-hati menilai orang.
"Fara nasihatkan kepada artis yang baru mencipta nama, berwaspada dan kita harus tahu dengan siapa kita berurusan, jangan terlalu taksub untuk mengejar populariti," ujar gadis kelahiran Taiping Perak itu.
Fara kini mampu berdiri sendiri berkat usaha dan kesabaran yang tinggi menggunung. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: