Friday, August 21, 2009

Vierra - My First Love

Universal Music Malaysia dengan kerjasama PT Musica Indonesia sekali lagi membawakan album kelahiran artis terbaru di Indonesia yang dikenali sebagai Vierra melalui judul ‘My First Love’. Dianggotai oleh 4 anak muda yang terdiri daripada Widi (Vokal), Kevin (Keyboard), Raka (Gitar) dan Trian (Drum). Sebuah album debut yang dihasilkan melalui suara hati remaja kini; suatu karya anak remaja yang jujur dan polos.

Malah, Kevin yang dianggap sebagai ketua kepada ahli-ahli band ini turut menggambarkan dendangan di dalam album ‘My First Love’ begitu jujur seolah-olah seperti remaja yang pertama kali jatuh cinta. Vierra juga mahu dikenali dengan perjuangan muzik mereka di aliran power pop atau pop Disney. “Power pop, karena lagu-lagu pop versi kita bisa membuat suasana lebih bersemangat dan lebih menghentak. Pop disney maksudnya, lagu-lagu kita banyak nada-nada vokal yang membuat kita serasa di dunia mimpi. Karena remaja memang penuh dengan mimpi dan harapan,” ujar Kevin yang juga mendominasi kebanyakan proses penciptaan lagu-lagu Vierra. “Makanya, dominasi keyboard di lagu-lagu Vierra juga lebih terasa,” tambahnya lagi.

Tidak melupakan sumbangan ahli-ahli Vierra yang lain, Kevin turut mengagumi skil muzik mereka yang membuatnya yakin dengan masa depan Vierra. “Tapi Vierra bukan cuma saya. Masih ada Widi, Raka dan Trian. Dan mereka punya musikalitas yang hebat sejak pertama kali kita ketemu,” menurut Kevin. “Keinginan kita dengan album ini adalah untuk berbagi dengan semua orang. Sharing, tentang apa yang kita rasakan,” jelas Kevin lebih lanjut.

Dan kenyataan Kevin itu boleh dihayati melalui single pertama mereka ‘Dengarkan Curhatku’ atau bahasa mudahnya Dengarkan Curahan Hatiku yang kini menjadi hits di kalangan remaja Indonesia. Melalui lagu berjudul ‘Perih’ pula, Vierra cuba bermain dengan emosi remaja yang kecewa dalam alam percintaan. Gabungan vokal mendayu dengan irama piano bakal memberikan suasana yang menghiris hati buat pendengar. Lagu ‘Bintang’ dengan susunan muzik yang agak groovy merupakan satu lagi keistimewaan Veirra dalam penyampaian lagu-lagu berunsur pop disney yang boleh meningkatkan adrenalin pendengar. “Lagu ini groovy banget. Bakal bikin suasana jadi sangat menyenangkan. Dan ini memang lagu yang paling enak buat dipake manggung,” ujar Kevin bersemangat.

Anak-anak muda ini juga tidak hanya bercerita soal cinta terhadap lawan jenis. Sebuah lagu berjudul Bersamamu; menceritakan soal kebersamaan dan keakraban di dunia kawanan remaja. “Lebih universal,” jelas Kevin lagi. Dan keinginan untuk berkongsi muzik Vierra dengan masyarakat antarabangsa juga membuatkan mereka mencipta sebuah lagu dalam bahasa Inggeris iaitu ‘No’. Kejujuran, keyakinan dan keinginan untuk berkongsi karya muzik mereka menjadi modal utama perjalanan karier Vierra.

Dapatkan album artis terbaru Indonesia, Vierra – My First Love dipasaran Malaysia; sebuah album edaran Universal Music Malaysia menampilkan lagu-lagu seperti:-
• Dengarkan Curhatku
• Perih
• Bersamamu
• No!
• Terbang
• To Neesa
• Rasa Ini
• Jadi Yang Kuinginkan
• Tears
• Manusia
• Seandainya
• Bintang

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: