Thursday, August 6, 2009

Pernec Paypoint perkenal Helo 1


JOSEPH mencuba telefon awam Helo 1 sempena pelancaran produk terbaru Pernec Point sambil diperhatikan Zainun Aishah (kanan) dan Asmaluddin (belakang)
di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pernec Corporation melalui anak syarikatnya, Pernec Paypoint Sdn. Bhd. (Pernec Paypoint), melancarkan Helo 1, kad prabayar baru yang menawarkan harga paling rendah di pasaran kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pernec Point, Tengku Asmaluddin Tengku Ar- shad berkata, kad prabayar yang dijual pada harga RM5 seunit itu disasarkan kepada golongan pelajar dan graduan, pelancong, rakyat tempatan serta warga asing di negara ini.

"Selain kelebihan pada harga, Helo 1 juga boleh digunakan di talian tetap, telefon mudah alih dan telefon awam yang memiliki jenama Helo di seluruh negara berbanding kad prabayar lain yang hanya boleh digunakan pada talian tetap dan mudah alih sahaja,'' kata- nya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Helo 1 oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: