Thursday, August 6, 2009

Perak bangunkan 'Bandar Kasut Ipoh'


Zambry melihat kasut yang dihasilkan pengusaha tempatan sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Saripah Zulkipli (kanan) di Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Kerajaan Negeri Perak mahu mengukuhkan lagi industri pembuatan kasut tempatan yang sudah bertapak di sekitar Lembah Kinta sejak lebih 100 tahun lalu dengan mewujudkan 'Bandar Kasut Ipoh' di kawasan Bukit Merah dan Menglembu di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bagi merealisasikan cadangan itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Pertubuhan Industri Kasut Perak di samping menaik taraf kawasan pembuatan kasut berkenaan.

"Kami juga bercadang untuk mewujudkan pusat pameran dan jualan kasut buatan negeri Perak yang mana lokasi pusat tersebut akan ditentukan tidak lama lagi,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pertandingan Reka Kasut Malaysia (MFDC) 2010 anjuran Pertubuhan Industri Kasut Perak di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: