KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN), menyasarkan untuk mengagihkan pembiayaan peribadi Islamnya, BSN Aflah, sehingga RM250 juta dalam tempoh tiga bulan sempena Kempen Bulan Perbankan Islam BSN 2009 yang sedang berlangsung sejak bulan Julai lalu.
Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Konsumer dan Pembangunan Perniagaan BSN, Norazian Ahmad Tajuddin berkata, bank itu juga mengunjurkan pengagihan pembiayaan perumahan-i, BSN An Naim di antara RM100 juta hingga RM150 juta di dalam tempoh tersebut.
"Kami berharap akaun simpanan Giro-i dapat mengumpulkan deposit sehingga RM120 juta sepanjang tempoh itu," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di sini baru-baru ini.
Bank itu juga turut menyasarkan 10,000 permohonan untuk mendapatkan produk kad kredit-i, BSN Al Aiman dalam tempoh berkenaan.
Norazian menjelaskan, kempen berkenaan dianjurkan untuk mempromosikan produk perbankan Islamnya kepada pelanggan sedia ada dan juga yang baru.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: