Thursday, August 6, 2009

Chef Wan minta hantaran RM30,000


SERINA CHEF WAN.


INI pulak berita gembira tentang anak perempuan kesayangan Chef Wan kita yang baru menang anugerah di Paris baru-baru ini. Siapa lagi kalau bukan si Serina yang tengah popular dengan siri kepolisan Akademi Polis dan Roda-Roda KL sekarang ini.

Sebenarnya cerita Serina nak kahwin dah banyak diperkatakan, mulanya kata nak kahwin tahun ini, tapi tunda, tangguh dan tunda lagi.

Tapi depan mata, telinga dan tangan seorang sahabat Marilyn yang baru sahaja jumpa Serina, Selasa lalu, anak dara Chef Wan itu membuat pengakuan terbuka tentang perkahwinannya yang telah ditetapkan tarikh pada 1 Januari 2010.

Marilyn tumpang gembira, sebab sudah lama rasanya si Serina tu mencari-cari jodoh yang sesuai. Dua kali putus cinta dengan dua lelaki membuatkan Serina rasa muak nak bercinta tapi pertemuan dengan jejaka mat Salleh tak sampai setahun lepas nampaknya benar-benar membuka pintu hati Serina nak berkahwin.

Yang bagusnya, Gewin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar, 33, bakal suami Serina tu sudah lama masuk Islam, sebelum kenal Serina lagi.

Tambah lagi, hubungan mereka dapat restu ibu bapa. Chef Wan sendiri punyalah berbuih mulutnya bila bercerita pasal bakal menantu. Kata Chef Wan, Rina nak kahwin dengan pemandu teksi pun dia tak kisah asalkan tinggi budi pekerti, inikan pula dapat lelaki yang tampan dan baik budi, mestilah Chef Wan besar hati.

Marilyn dengar, walaupun dapat jejaka Inggeris berkerjaya, si Serina tu tidaklah nak minta wang hantaran puluh-puluh ribu, sampaikah Chef Wan sendiri yang kena buat keputusan.

Chef Wan letak RM30,000, cukuplah. Lagipun bagi keluarga bakal menantunya di London tu, RM30,000 bukannya banyak manapun.

Untuk majlis kahwin anaknya nanti, Chef Wan awal-awal lagi sudah buat janji. Katanya dia tak nak membazir atau buat majlis kahwin anak macam buat pesta besar-besaran macam acara sarkas.

Sebaliknya nak buat sederhana, jemputan pula tidaklah sampai beribu-ribu, cukuplah setakat 650 tetamu sahaja. Itu pun termasuk anak-anak yatim yang diundang khas. Baguslah kalau macam tu, beringat ketika senang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: