Thursday, August 13, 2009

Perabot tempahan Aidilfitri hangus


ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kedai perabot di Jalan Demit, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang peniaga kerugian hampir RM400,000 apabila tiga kedai perabot miliknya musnah dalam kebakaran di Kampung Demit, Kubang Kerian, dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 petang itu, pemilik kedai perabot terbabit, Zafar Jamal, 49, bersama beberapa pekerjanya gagal menyelamatkan sejumlah perabot baru termasuk yang diimport kerana api marak terlalu cepat.

Zafar berkata, kebakaran disedari oleh seorang pekerjanya selepas ternampak kepulan asap keluar menerusi dinding di salah sebuah kedai yang terletak sederet.

"Menyedari kejadian itu, pekerja memaklumkan kepada saya yang berada di dalam pejabat. Pada masa sama, saya meminta pekerja menghubungi bomba tetapi ketika itu api sudah merebak ke kedai yang kedua," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, kebanyakan perabot di situ sudah ditempah oleh pelanggan sempena Aidilfitri ini dan ada sebilangan mereka sudah membayar wang pendahuluan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: