BUKIT MERTAJAM - Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) menjangkakan kereta model Peugeot mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 300 peratus pada tahun ini.
Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimudin berkata, sasaran itu mampu dicapainya memandangkan kejayaan syarikat itu menjual kira-kira 900 unit kereta Peugeot daripada pelbagai model pada tahun lalu.
Pada tahun ini pula pihaknya telah memasarkan kira-kira 2,200 unit kereta berkenaan termasuk yang telah dieksport ke beberapa negara di seluruh Asean.
"Sehingga hujung tahun ini, Nasim menyasarkan jualan kereta Peugeot sebanyak 2,800 unit iaitu peningkatan sebanyak 300 peratus berbanding tahun lalu,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) Peugeot di Juru Autocity di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Besar Peugeot Asean, Dominique Dourouze.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: