KUALA LUMPUR - Masalah kesesakan semasa pemeriksaan meter teksi di beberapa cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di sekitar Lembah Klang berpunca daripada kekurangan kakitangan yang dilantik syarikat teksi untuk mengendalikan urusan itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairudin Yusoff dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, Puspakom mendapati kakitangan yang dilantik bertanggungjawab memegang Buku Pendaftaran Kenderaan dan menguruskan pemeriksaan meter teksi syarikat berkenaan.
"Kesesakan ini akan terjadi di satu-satu cawangan Puspakom apabila semua teksi syarikat terbabit tertumpu di cawangan tertentu sahaja.
"Keadaan akan bertambah buruk apabila syarikat hanya menugaskan seorang kakitangan bagi mengendalikan segala urusan berkenaan di samping waktu pemeriksaan yang tidak dirancang dengan sempurna," katanya di sini.
Tambah Khairudin, antara cawangan yang sering menjadi tumpuan sehingga menimbulkan masalah kesesakan ialah di Puspakom cawangan Cheras dan Bukit Maluri.
"Bagi mengatasi masalah itu, kita berharap pihak syarikat teksi dapat melantik lebih ramai kakitangan bagi mengendalikan urusan itu dan berurusan di cawangan-cawangan yang berbeza.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: