Thursday, August 6, 2009

Penyeludup terkejut hamil

FRANKFURT – Seorang wanita Thai yang menyeludup 40 paket kecil berisi kokain di dalam perutnya terkejut mendapati dirinya hamil ketika menjalani pemeriksaan badan, kata pihak berkuasa Jerman semalam.

Pegawai-pegawai kastam di lapangan terbang di sini mengesyaki wanita berusia 30 tahun itu menyeludup dadah dan mengarahkan dia menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X. Selepas menyedari terdapat paket-paket kecil di dalam perutnya, suspek dibawa ke sebuah hospital berhampiran bagi mengeluarkan dadah itu.

Bagaimanapun, ketika prosedur tersebut dilakukan, wanita yang kini ditahan itu terkejut apabila beberapa petugas perubatan memberitahu bahawa dia bukan sahaja membawa dadah tetapi turut membawa seorang bayi yang dikandungnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: