
MOSCOW – Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin tidak segan menanggalkan bajunya untuk rakaman jurugambar ketika dia melawat sebuah wilayah tandus Siberia pada Isnin lalu.
Dia yang menunggang seekor kuda dengan tidak memakai baju kemudian berenang seketika sewaktu membuat kunjungan rasmi di wilayah Tuva.
Bekas presiden Rusia itu sempat memberi aksi yang menarik untuk jurugambar ketika dia duduk di sebatang pokok dengan memakai seluar celoreng, baju-T dan topi hutan kanvas.

Lawatan Putin ke kawasan itu bermula awal minggu ini.
Ia merupakan kunjungan kedua selepas dia bercuti bersama pemerintah Monaco, Putera Albert II dua tahun lalu di kawasan sama. Pemerhati melihat aksi bersahaja Putin itu sebagai isyarat bahawa dia tidak mempunyai niat untuk menyerahkan kuasanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: