Wednesday, August 5, 2009

Pengguna Internet diseru bijak tapis maklumat

PUTRAJAYA - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyeru pengguna Internet supaya bijak menapis maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan mesej berbau fitnah dan hasutan yang diperoleh melalui medium komunikasi tersebut.

Katanya, ini adalah berikutan trend masa kini di mana kemajuan teknologi maklumat digunakan untuk menyebarkan fitnah dan dakyah.

“Kemajuan teknologi maklumat seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin dan secara bijak untuk dimanfaatkan,” katanya semasa merasmikan laman webnya, di sini semalam.

Rosmah berkata laman web beliau yang boleh dicapai melalui alamat www.pmo.gov.my/datinrosmah itu dibangunkan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengenali dirinya secara terus dengan lebih dekat lagi.

Laman web yang boleh boleh diakses dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris itu dilengkapi dengan biodata beliau, berita dan aktiviti bergambar, koleksi teks ucapan, diari, keratan akhbar dan galeri video dan sebagainya.

“Melalui lama web ini pengunjung boleh mengakses ke beberapa laman web yang mana saya menjadi penaung, penasihat atau yang dipertua seperti Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Permata Negara, Permata Pintar, Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin, Yayasan Aids Kebangsaan dan Universiti Industri Selangor (Unisel),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: