Wednesday, August 5, 2009

Dua kem PLKN, sebuah kolej swasta diumum tutup

KUALA LUMPUR - Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan sebuah kolej swasta ditutup berikutan penularan wabak influenza A (H1N1).

Kem PLKN yang ditutup adalah Kem White Resort, Pulau Pinang, dan Kem Tasik Chini, Pahang, dengan menjadikan jumlah kem PLKN yang ditutup sehingga kini 23 buah manakala Kolej Shahputra di Pahang ditutup selama seminggu bermula semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, semua pelatih telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengerusi Eksekutif Kolej Shahputra, Datuk Dr Azman Zaini Abdul Ghanie pula berkata, keputusan untuk menutup kolej tersebut adalah atas nasihat Jabatan Kesihatan Pahang.

Di SARAWAK, empat lagi kes positif H1N1 dilaporkan di Kuching dan adalah kes jangkitan tempatan menjadikan jumlah kes di negeri itu setakat ini 139 kes, dengan kes import kekal 25.

Menurut kenyataan Bilik Gerakan Negeri, empat kes itu melibatkan seorang pelajar berusia 13 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari Sekolah Menengah Kerajaan Bekenu di Miri dan Samarahan, selain dua kes pelajar lelaki dan perempuan berusia lapan tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Stapok dan SK Gita No 2 dekat Kuching.

Di KEDAH, Timbalan Pengarah Pelajaran nya, Abdullah Saad berkata, 182 pelajar dan tiga guru dari lima buah sekolah di negeri itu diberi cuti seminggu bermula semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: