Wednesday, August 12, 2009

Pengasas Sukan Paralimpik meninggal dunia


GAMBAR bertarikh 6 Oktober 2003 menunjukkan Schwarzenegger memperkenalkan ibu mentuanya, Eunice dalam kempen pilihan raya di Pantai Huntington, California.


BOSTON - Eunice Kennedy iaitu seorang adik perempuan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy meninggal dunia di Massachusetts semalam, kata satu kenyataan daripada keluarganya.

Mendiang yang juga pengasas Sukan Paralimpik meninggal dunia pada usia 88 tahun kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan.

Eunice dimasukkan ke Hospital Cape Cod sejak 7 Ogos lalu.

Ahli-ahli keluarga termasuk menantunya iaitu Gabenor California, Arnold Schwarzenegger turut melawatnya sebelum beliau meninggal dunia.

Suami Eunice iaitu R. Sargent Shriver, semua lima anaknya dan 19 orang cucu hadir ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Presiden Barack Obama berkata, beliau dan isteri Michelle berasa amat sedih dengan berita kematian itu.

Menurut Obama, Eunice akan diingati kerana peranannya sebagai pengasas Sukan Paralimpik Khas dan golongan yang tidak memiliki keupayaan normal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: