Monday, August 17, 2009

Pencuci kereta jadi korban penyamun


DUA anggota polis memeriksa lokasi kes bunuh Asril (gambar kecil) di Taman Suntex, Batu 9, Kajang semalam.


KAJANG - Seorang pencuci kereta yang tidak mengetahui tiga lelaki yang keluar dari rumah seorang peniaga ayam adalah penyamun mati ditembak penjenayah itu di Jalan Pelanduk 1, Taman Suntex di Batu 9 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakarudin Che Mood berkata, semasa kejadian pada pukul 7.30 pagi, Asril Sanusi, 59, rakyat Indonesia berstatus penduduk tetap baru sampai di rumah tersebut untuk mencuci kereta milik peniaga ayam itu.

"Sebaik berhenti di rumah itu, tiga lelaki yang baru menyamun peniaga ayam itu keluar dari rumah tersebut dan terserempak dengan Asril.

"Mungkin takut rahsia mereka bocor, seorang suspek terus menembak Asril yang tidak tahu apa-apa," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, tiga suspek itu sebelum itu telah masuk ke rumah tersebut dan mengikat peniaga ayam itu bersama empat pekerjanya, isteri dan anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: