Monday, August 17, 2009

Penduduk Shah Alam bantah pembinaan kuil


PENDUDUK Seksyen 23 berkumpul menyatakan bantahan cadangan membina kuil berhampiran rumah mereka di Shah Alam semalam. Gambar kecil Ramze Ramli.


SHAH ALAM - Seramai 200 penduduk di Seksyen 23 di sini semalam berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap projek pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka yang dikatakan bakal didirikan dalam tempoh terdekat.

Projek itu didakwa sudah diluluskan oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

Keputusan itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penduduk kerana 70 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.

Sehubungan itu, mereka mendesak rumah ibadat itu dibina di Seksyen 22 seperti mana yang diluluskan kerajaan negeri sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Penduduk Seksyen 23, Ramze Ramli berkata, mereka hanya dimaklumkan kawasan hutan bersebelahan seksyen itu merupakan kawasan pendinding daripada bunyi kilang berhampiran dan tiada sebarang bangunan akan didirikan namun kini semuanya berubah.

"Kami mula mendengar desas-desus tentang pembinaan kuil ini sejak Mei lalu dan ternyata ia benar walaupun semasa kami mengajukan persoalan itu kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, beliau kata ia belum diluluskan.

"Namun, apa yang kami dengar sekarang mereka minta kami bertoleransi dengan pihak yang akan membina kuil tersebut," katanya kepada pemberita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: