Monday, August 17, 2009

Lans Koperal cedera dirempuh pelesit rempit


ZUL HILMI dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas dirempuh pelesit rempit di Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang anggota polis cedera parah di kepala dan patah kaki kiri akibat dirempuh sebuah motosikal yang ditunggangi dua pelesit rempit dalam operasi bersepadu di sini semalam.

Lans Koperal Mohammad Zul Hilmi Husin, 30, anggota polis dari Unit Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berkata, semasa kejadian pada pukul 1.30 pagi, dia sedang memeriksa sebuah motosikal bersama empat rakannya di hadapan sebuah hotel di Jalan Besar di sini.

"Saya tidak perasan kehadiran motosikal Honda EX5 dan penunggangnya yang ketika itu memecut laju seolah-olah terkejut melihat saya berada di depannya.

"Tidak sempat saya mengelak, saya dirempuh dan diseret sejauh beberapa meter," kata beliau ketika ditemui di wad lima Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Berikutan itu, dia yang baru ditukarkan dari Bukit Aman ke IPD Kuantan tiga bulan lalu terus pengsan.

"Sedar-sedar saya sudah berada di HTAA dengan kepala menerima 30 jahitan dan kaki kiri patah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: