Thursday, August 6, 2009

Pemandu teksi terseksa - Terpaksa beratur berjam-jam selaras meter


Zulhafiz Hanafiah
PARA pemandu teksi berbual-bual sementara menunggu giliran di Puspakom Desa Tun Razak, Cheras semalam.



SIMON


KUALA LUMPUR - Pengumuman kadar baru tambang teksi baru-baru ini membuatkan semua pemandu teksi tersenyum lebar dan menarik nafas lega.

Namun itu semua tidak bertahan lama kerana selepas 'bertarung' berjam-jam untuk melaraskan meter di syarikat pembekal meter, kini pemandu teksi berdepan pula dengan kesesakan di beberapa cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk mendapatkan kelulusan meter.

Meskipun Puspakom dalam kenyataan baru-baru ini memaklumkan kapasiti pemeriksaan harian mampu menampung 1,200 buah teksi tetapi itu tidak berlaku.

Kosmo! dimaklumkan oleh pemandu teksi yang menunggu giliran, Puspakom Cheras hanya membuka operasi pemeriksaan meter selama tiga jam dan menetapkan 40 buah teksi untuk diperiksa.

Ekoran keputusan itu, Puspakom dibanjiri ratusan teksi untuk mendapatkan giliran seawal pukul 6.30 pagi sedangkan pemeriksaan hanya bermula pada pukul 6 petang dan berakhir pada pukul 9 malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: