Thursday, August 6, 2009

Korban H1N1 menjadi 13 orang


Beberapa pelajar Kolej Polytech Mara Kuantan terpaksa pulang apabila kampus yang mempunyai 1,250 pelajar itu ditutup seminggu akibat H1N1 semalam.





KUALA LUMPUR - Bilangan kes kematian akibat wabak selesema babi atau H1N1 terus bertambah dengan empat lagi mangsa menjadi korban menjadikan jumlah mangsa setakat ini 13 orang.

Dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Melaka membabitkan seorang remaja berusia 12 tahun yang mengalami komplikasi buah pinggang manakala seorang lelaki berusia 20 tahun pula asma kronik.

Mangsa ketiga ialah seorang budak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat akibat radang paru-paru.

Terbaru, Mohd Hyafiq Aiman Mohd. Saiful Afendi juga berusia enam tahun, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tengah hari semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: